'I SAID YES' - Raja Ilya. Tapi siapakah jejaka TWG dari Australia itu?

TEKA-TEKI mengenai status percintaan Raja Ilya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dia kini telahpun menjadi tunangan orang.

Raja Ilya

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh Raja Ilya menerusi entri instagramnya kelmarin.

Raja Ilya juga memuat naik satu foto yang merakamkan sebentuk cincin di bahagian jari manisnya.

“I SAID YES. On this day my hand is yours to hold and my heart forever for you to keep #imengaged to him #twg, Amin.

“Thank you pada semua yang doa kan untuk ILYA selama ni... Thank you pada semua sahabat, rakan-rakan artis, media dan semua peminat ILYA.

“Thank u so much… Doa anda semua termakbul… Amin #syukur,” tulisnya.

Status instagram Ilya

Raja Ilya

Raja Ilya, 33, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad juga mengesahkan bakal bernikah dengan jejaka Australia berusia 37 tahun dijangka pada Disember ini atau awal tahun depan.

"Sejujurnya, sudah ada beberapa tarikh dipilih, namun belum dapat diputuskan. Ini kerana, kami kena selesaikan segala dokumen berkaitan terlebih dahulu apatah lagi majlis nikah bakal berlangsung di Perth, Australia" jelasnya.


Ditanya sama ada bakal suaminya yang ingin dikenali sebagai TWG sudah memeluk agama Islam, Ilya berkata perkara itu dalam proses.

"Insya Allah, doakan ia berjalan lancar. Cuma, dalam perkara ini saya tidak boleh terlalu kongsi kerana membabitkan soal peribadi termasuklah nama dan wajahnya.

"Saya akan berkongsi kepada semua jika sudah ada sebarang kepastian. Dalam masa sama, saya juga kena hormat bakal keluarga mentua," katanya.

Ilya dan bakal suaminya seorang ahli perniagaan yang menetap di Melbourne sudah berkenalan sejak tahun 2012 namun baru mula bercinta tahun ini.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/11/i-said-yes-raja-ilya-tapi-siapakah.html

Most View Article This Month !