Cara Mudah Bersihkan Udang

Ramai yang tidak tahu cara sebenar membersihkan udang. Ada yang membuang kepala kerana menyangka kotoran udang berada di kepala. Padahal kepala udang Adalah bahagian yang boleh dimakan terutama bagi udang yang bersaiz besar.

Kekotoran sebenar udang yang perlu untuk dibuang dan dibersihkan adalah tahi udang. Untuk itu perlu tahu di mana tahi udang ini tersimpan di dalam badan seekor udang.

Ia di bahagian belakang udang, di bawah kulitnya yang keras. Tahi inilah kotoran sebenar yang perlu dibuang terlebih dahulu sebelum ianya boleh di masak.

Namun tugas membuang najis udang tersebut bukanlah satu kerja yang mudah jika tidak tahu caranya. Ini adalah kerana tahi udang terletak di bawah kulit udang yang keras.

Ada yang membelah kulit keras bahagian belakang udang udang membuang tahi udang. Ini adalah kerja yang sedikit sukar kerana kulit udang yang bersifat keras dan tidak mudah untuk dihiris.

Cara mudah untuk bersihkan udang

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk membersihkan dan membuang tahi udang tanpa perlu membelah kulit keras belakang udang.

Caranya:
ambil lidi penyucuk sate ataupun penyucuk nugget yang dijual di pasar malam tu.
Patahkan lidi menjadi pendek sesuai untuk kegunaan membersihkan udang
Cucuk bahagian belakang udang yang mengandungi tahi dan tarik tahu udang perlahan-lahan. Hati-hati semasa menarik tahi kerana ia mudah terputus.
Siap..!
Senang kan…?

Untuk visual yang lebih jelas, anda boleh rujuk kepada video di atas. Selamat mencuba…!



Source | https://ohsempoi.com/cara-mudah-bersihkan-udang/

Most View Article This Month !