Madu? jika ianya madu lebah ramai perempuan yang suka tetapi untuk hidup bermadu ramai yang tidak bersetuju dan tidak ingin menjadi sebahagian dari statistik itu.
Tetapi lain pula dengan seorang wanita cantik yang bernama Sherilyn Aidala ini, perkongsiannya mengenai kehidupan selepas bermadu pula amatlah lain dari yang sering disajikan dalam drama-drama yang memaparkan sisi negatif kehidupan bermadu.
Marilah kita baca dan ambil positif dengan pengalamannya sepanjang mengenali dan bersama madunya itu.
Suka sy nak kongsikan Gambar kenangan sy bersama MADU sy, dia juga sahabat karib sy, juga seperti adik beradik sy skrg..'' I don't know how to describe my feelings about her,'' , sbb kalau bukan kehadiran wanita ini, mungkin sy tidak akan menjadi diri yg baru pada hari ini. Dialah teman sy menagis dan ketawa bersama .
Jauh perjalanan hidup sy bila sy cuba melihat balik ke belakang apa yg sy suda lalui sepanjang hidup sy.
Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku hati untuk merasa sayang pada org org yg hadir dalam hidupku. Disaat tidak semua orang mampu untuk merasakan apa yg aku rasa.
Orang harus tahu nak rasa sebahagia dan seakrab ini bukanlah mudah, semuanya memerlukan ILMU dan melalui PROSES.
Dunia ini suda terlalu penuh dengan KEBENCIAN dan KEKERASAN . Dunia ini menantikan generasi baru yg penuh cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dan aku percaya generasi itu bermula dari diri sejatiku. Wanita yg menjaga dirinya. Wanita yg menyayangi dirinya. Terima kasih diriku kerana berlembut dengan diriku..
Jika yg ada ini juga tidak cukup membuat manusia itu BAHAGIA? Jd untuk apa Tuhan mahu memberinya lebih lagi, Mungkin Tuhan hantar kesusahan demi kesusahan, kehilangan demi kehilangan, agar manusia mula menyedari bertapa banyak kasih sayangNya selama ini.
Aku Sentiasa ingat pesanan guru2 yg membimbing, Kebahagiaan hadir apabila tiada penolakkan takdir dalam hidup. Menerima hitam dan putih yg hadir dalam hidup. Ibaratnya kita sentiasa menari dalam HUJAN
Titik tolak Kebahagiaan hidup aku bermula daripada aku mula belajar mengenal diri, dan menggali ILMU lebih mendalam segala program yg dianjurkan oleh E-HATI. Banyak sangt sebenarnya ILMU yg orang ramai tidak tahu, sama seperti aku dahulu. ILMU HATI dan psychology tentang manusia sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian .
Terima kasih ya Allah kerana menghantar orang orang yg membimbing aku.
Sy memohon maaf jika perkongsian ini ada yg menguris hati anda yg membaca, tiada niat yg tidak baik, hanya berkongsi rasa dan pengalaman.
Kepada anda yg ingin mengetahui kisah, perjalanan hidup sy, pengalaman hidup sy, bagaimana sy bangkit, memajukan diri, daripada kemurungan dan tekanan hidup yg melampau dalam hidup sy satu ketika dahulu sehingga menjdi versi baru pada hari ini..
Sungguh bertuah pemilik nama Sherilyn ini kerana memperoleh satu nikmat dan kebahagian yang bukan semua orang dapat merasainya.
Pengasas kepada Sherilyn Beauty Care ini juga sentiasa disenangi orang ramai dan menjadi inspirasi bagi kebanyakan wanita di luar sana terutamanya bagi seseorang yang bergelar isteri.
Sumber : FB Sherilyn Aidala
Source | https://www.blogmazeer.com/2018/10/jika-bukan-kerana-dia-mungkin-saya.html
Most View Article This Month !