Ini kisah yang boleh anda ambil perhatian dan jadikan teladan.,.. tak salah nak makan mee segera tapi janganlah setiap hari..
Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.
Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda.
Anda seharusnya membuang terlebih dahulu air yang menjadi rendaman mee segera sebelum memakannya.
Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan dilaporkan meninggal dunia kerana menghidap kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya.
Difahamkan, remaja berkenaan mula mengamalkan pemakanan yang tidak sihat itu sejak dari sekolah menengah.
Selepas tamat dari sekolah menengah dan berjaya masuk ke universiti, dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut menyebabkan keluarganya berasa risau dan bimbang keadaannya tidak bertambah baik dari masa ke semasa.
Lalu remaja itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Namun kesemua mereka terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser perut tahap kritikal.
Menurut doktor, peluang untuk remaja itu bertahan lama adalah amat tipis kerana sel-sel kanser telah merebak pada organ-organ lain.
Selepas setahun lebih bertarung dengan penyakit kanser itu, remaja yang tidak didedahkan namanya itu akhirnya meninggal dunia.
Pakar Onkologi, Dr Gan, menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan seperti sosej, daging bakar, jeruk dan mi segera kerana makanan-makanan ini dikaitkan dengan penyebab kanser.
Sumber: World of Buzz, Seehua
Sumber artikel : The Reporter
Source | https://www.blogmazeer.com/2018/10/padah-makan-mee-segera-setiap-malam.html
Most View Article This Month !