Leka dengan komputer dan gadget sering diperkatakan kebelakangan ini kerana ia menyumbang kepada perubahan tingkah laku anak-anak yang cenderung menjadi lebih agresif. Namun, itu hanya berlaku apabila pendedahan anak-anak kepada teknologi moden yang tidak terkawal.
Berlaku yang sebaliknya terhadap adik Thaqif apabila beliau pada usia 12 tahun telah berjaya membina satu permainan video dimana pada awalnya ia dikritik hebat oleh komuniti permainan video dengan tanggapan bahawa permainan video yang dihasilkan adalah ketinggalan zaman dan meniru permainan-permainan video yang telah lama berada di pasaran.
Untuk makluman, permainan video yang dibangunkan oleh adik Thaqif ini adalah permainan video yang berkonsepkan FPS (first person shooter) dimana pemain selaku individu dalam permainan video akan berperang dengan mayat hidup dan juga labah-labah.
Cerita kejayaan beliau adik Thaqif mula meniti dari mulut ke mulut apabila kisahnya diviralkan oleh seorang individu yang menggunakan nama @Qhairilfaizie di laman Twitter, yang mana beliau menceritakan bahawa segalanya bermula apabila adik Thaqif menyuarakan persoalannya di laman PC Gaming Community (Malaysia) sama ada orang ramai akan berminat atau tidak sekiranya beliau ingin menjual permainan video ciptaannya sendiri dengan harga RM1.
Umur 12 tahun dah pandai develop game. Coding php pun pandai. Harap @SyedSaddiq dan @maszlee akan beri perhatian isu ni sebab adik ni berhenti sekolah kerana masalah tanggungan. pic.twitter.com/P5P0DPzclz
— (@Qhairilfaizie) October 16, 2018
Walaupun terdapat beberapa orang yang memberi sokongan terhadap adik Thaqif, namun terdapat juga individu yang memperlecehkan beliau, dan lebih teruk apabila pihak kafe siber tempat adik Thaqif meluangkan masa menyiapkan dan menyimpan segala data permainan video tersebut bertindak memadam segala usaha yang dilakukan kerana beranggapan adik Thaqif ingin memasukkan virus di kafe siber berkenaan.
Adik Thaqif yang dikhabarkan akan menyambung pelajarannya di sekolah tahfiz tahun depan, difahamkan turut membantu ibunya dalam menjalankan perniagaan secara online seperti dropship selain daripada aktiviti hariannya mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia untuk mendalami ilmu komputer di sana.
Dan hasil daripada tularnya isu adik Thaqif ini dilaman-laman sosial, perkara ini mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, dimana beliau dalam satu tweet ringkas meluahkan rasa ingin bertemu sendiri dengan adik Thaqif bagi mendengar sendiri idea yang ingin diketengahkan dan mungkin memberi sumbangan komputer untuk adik Thaqif supaya dapat menyiapkan permainan video pertama beliau.
Tahniah buat adik Thaqif. Beliau berjaya membuktikan bahawa usia bukan halangan. Semoga dengan pertemuan dengan YB Syed Siddiq ini dapat menjadi batu loncatan buat beliau supaya lebih berjaya dalam industri pembikinan permainan video. All the best
Source | https://ohsempoi.com/adik-thaqif-berusia-12-tahun-dah-pandai-cipta-permainan-video/
Most View Article This Month !