Malaysia Mampu Menjadi Gergasi Bolasepak Tanpa Jelmaan Messi dan Ronaldo

Malaysia boleh berjaya dan menjadi gergasi dalam kancah bolasepak antarabangsa tanpa perlu mengaharapkan pemain jelmaan seperti Lionel Messi ataupun Christiano Ronaldo. Apa yang Malaysia perlukan adalah disiplin yang jitu serta pelan tindakan atau halatuju yang menyeluruh.

Itulah pendapat Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino yang diucapkan kepada pemberita selepas melancarkan F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

“Tidak ada formula silap mata, tidak ada rahsia… untuk melihat Malaysia akan menjadi juara dunia pada masa hadapan. Satu-satunya jalan adalah dengan bekerja keras.

Sudah pasti di negara seperti Malaysia, dengan usaha gigih, kejayaan pasti datang. Tidak perlu menunggu kelahiran Ronaldo atau Messi di sini untuk membolehkan Malaysia menikmati kejayaan. Ia boleh dicapai menerusi usaha keras, disiplin dan pelan tindakan yang lengkap” ~ Gianni Infantino

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut adalah Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa

FAM semalam melancarkan pelan halatuju baharunya F:30 yang disasar untuk meletakkan pasukan bola sepak negara dalam kelompok lima pasukan gergasi bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030.

Apakah F30? Kita nantikan pendedahannya secara terperinci nanti.



Source | https://ohsempoi.com/malaysia-mampu-menjadi-gergasi-bolasepak-tanpa-jelmaan-messi-dan-ronaldo/

Most View Article This Month !