Tahniah Tok Pa Masuk BERSATU, Kini Beliau Sudah Suci



DS Mustapha Mohammad atau Tok Pa sah menyertai parti BERSATU. Dengan memyertai BERSATU, Tok Pa ibarat menyuci dosa yang selama ini terpalit ketika bersama UMNO. Tiada lagi kerisauan pegawai SPRM datang ke rumah.

BERSATU parti Tun Mahathir yang kini sudah ada 14 kerusi Parlimen masih lagi belum kuat untuk menandingi parti DS Anwar Ibrahim yang mempunyai 50 kerusi Parlimen. Selepas Tok Pa, dijangkakan ada lagi beberapa kerusi MP UMNO akan menyertai BERSATU.

Kemuncaknya pada November nanti yang mana BERSATU akan menguasai kerusi Parlimen paling banyak dalam Pakatan Harapan ekoran 25 MP PKR yang akan meninggalkan parti berkenaan dan menyertai BERSATU diketuai oleh DS Azmin Ali.

Lagi lama DS Anwar Ibrahim menunggu, maka semakin hilanglah kerusi PKR dan sekutunya dalam AMANAH pula pasti meninggalkan beliau. Politik Malaysia semakin menarik.

Kesimpulannya, Tok Pa mengajar kita satu perkara baru. Perwatakan yang baik dan lembut belum pasti tidak menjadikan seseorang itu munafik atau pendusta.


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/10/tahniah-tok-pa-masuk-bersatu-kini.html

Most View Article This Month !