Apa Rasional Perdana Menteri Untuk Tambah Hutang Luar Melalui Bon Global?


Perdana Menteri sering melaungkan Malaysia banyak hutang. Malaysia akan muflis. Dalam masa yang sama beliau sedang mengkaji untuk menerbitkan bon global. Satu masa cakap kata hendak selesai hutang. Satu masa lagi cakap hendak buat hutang baru. Cakap macam Kerala betullah.

Bon global dalam bahasa mudah adalah membuat hutang dalam tukaran asing. Seperti mana dilaporkan, Malaysia sedang mengkaji hendak membuat hutang dalam USD and JPY. Jangkaan masa membuat hutang berkenaan pada masa ini seakan menempah maut.

Kedua, Majlis Penasihat Kerajaan, baca di sini dalam bulan May 2018, memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara. Sekrang sudah u-turn kah?

Hutang dalam tukaran asing mendedahkan negara kepada ketidak tentuan FOREX (FOREX fluctuation) dan pergantungan kepada monetory policy negara berkenaan. Nasib baik Malaysia ada akta pasal hutang dalam tukaran asing. Had hutang negara dalam tukaran asing dilimitkan (cap) kepada RM30billion sahaja. Tidak boleh lebih daripada jumlah ini.

Kesimpulannya, dulu kita pernah mengalami perkara ini semasa Perdana Menteri ke-4. Sekarang, Perdana Menteri ke-7 membuat perkara yang sama.


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/10/apa-rasional-perdana-menteri-untuk.html

Most View Article This Month !