Premis sate tulang popular diarah tutup kerana terlalu menjijikkan

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula semalam (21/10/2018), kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. 

Menjijikkan

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.

Kotor

Kotor

Kotor

Premis sedang diperiksa

"Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.

"Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih," kata Zainuddin.

Zainuddin berkata, premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sumber artikel: Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/premis-sate-tulang-popular-diarah-tutup.html

Most View Article This Month !