7 Tips Elakkan Mengantuk Ketika Memandu

Perjalanan yang jauh pasti meletihkan. Banyak kes kemalangan yang berlaku disebabkan oleh pemandu yang keletihan dan hilang fokus ketika memandu. Pernah tak terdengar tentang Microsleep?

Microsleep adalah tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal sama ada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat. Ia biasanya disebabkan oleh individu yang kepenatan dan mengantuk tetapi memaksa diri untuk berjaga.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pemandu perlu menyediakan diri sebelum memulakan perjalanan agar sentiasa segar dan fokus sepanjang perjalanan. Kami di Oh Sempoi mencadangkan beberapa tips berikut yang boleh anda praktikkan supaya perjalanan anda sentiasa selamat.

1. Bersenam dan beriadah
Anda perlu lakukan senaman dan riadah supaya badan anda sentiasa sihat dan segar. Jangan tidur berlebihan sebelum memulakan perjalanan kerana tidur yang berlebihan boleh menyebabkan anda lesu dan tidak bermaya.

2. Sediakan kudapan kegemaran
Jadikan kudapan sebagai teman anda sepanjang perjalanan. Sediakan beberapa pilihan kudapan yang mudah untuk anda makan ketika memandu. Jangan sediakan makanan yang sukar untuk dimakan seperti kek, pizza dan lain-lain. Anda juga boleh makan pisang sebagai sumber tenaga. Ingat! Kudapan ialah makanan ringan. Bukan nasi lemak!

3. Melalui jalan yang berliku
Jika anda bosan dengan laluan jalan yang lurus, sesekali tukar laluan yang berliku.

4. Memandu dengan tingkap dibuka
Hirup udara luar pastinya lebih menyegarkan terutamanya apabila anda melalui kawasan hijau.

5. Minum minuman isotonic atau kafien
Tips ini biasanya diamalkan oleh kebanyakan pemandu. Kini PLUS Highway juga menyediakan rangkaian kopi pilihan ramai iaitu Starbucks.

6. Kerap berhenti dan berehat
Jangan memandu terlalu lama. Berhenti dan keluar dari kenderaan anda untuk seketika.

7. Berbual dan Mengumpat
Jika ada teman, berbual isu-isu panas semasa. Pasti perbualan anda menjadi lebih hangat. Masa ini lah mengumpat mampu memberikan kebaikan kepada anda kerana dengan mengumpat anda pasti tidak mengantuk. Hehe…

Namun diingatkan bahawa, perkara paling penting sebelum memulakan perjalanan adalah rancang perjalanan anda agar anda tidak terburu-buru. Jika perjalanan anda terancang, anda mempunyai banyak masa untuk berhenti, melalui jalan berliku yang sedikit jauh dan dapat mengikuti tips yang kami berikan di atas.

Oh Sempoi mendoakan perjalanan anda sentiasa dalam perlindungan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.



Source | https://ohsempoi.com/7-tips-elakkan-mengantuk-ketika-memandu/

Most View Article This Month !