Petua Mencuci Hati. Perkongsian Hebat Oleh DMFK.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan Solat Dan Banyakkan berdoa.

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat Keatas Nabi Muhammad s.a.w Paling Minima 100 Sebelum Tidur.

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat.

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran.

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif.

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda.

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa.

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati.

Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda s.a.w pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

11. Bersedekah.

Besar kelebihan apabila melakuakan amalan sedekah. Antaranya kelapangan dada,kenyaman dan ketenangan hati. Setiap kali bersedekah,makin menguat kebahagiaan dan makin besar kesenangan.

Allah Ta’ala berfirman ” Barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung ” (QS 59:9)

12. Belanja Orang Makan.

Belanja orang makan terutama pada mereka yang kelaparan atau pun sedang berpuasa, besar manfaatnya. Kelebihannya seperti bersedekah.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita. Halam haram makanan yang dimakan amat perlu dijaga oleh muslim. Jauhi perkara yang syubhat kerana ini akan menyebabkan hati menjadi suram. Hati yang suram mana mungkin akan tenang dan menikmati manisnya iman.

14. Berkawan Dengan Ulama.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”

15. Berkawan Dengan Orang Miskin.

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya’allah



Source | https://ohsempoi.com/petua-mencuci-hati-perkongsian-hebat-oleh-dmfk/

Most View Article This Month !