Netizen dah jelik dengan perangai terkinja-kinja Janna Nick dalam melodi, mohon Awal Ashaari jadi pengacara melodi



kehadiran Awal Ashaari sebagai pengacara jemputan bagi menggantikan Janna Nick dan juga Ajak mendapat maklum balas yang begitu positif daripada kru produksi dan juga netizen.

Pelakon kacak itu juga menzahirkan perasaan terharu dan syukur dengan maklum balas daripada semua pihak di laman Instagramnya, semalam.


Awal memang terbaik, welcome back bro!

Rata-rata ramai daripada pengikut ikon fesyen tersebut memuji bakat dan sikap yang ditonjolkan oleh Awal sepanjang menjadi pengacara Melodi hampir 6 tahun.

Awal juga sama sekali tidak kelihatan kekok ataupun gemuruh sepanjang mengacarakan rancangan tersebut pada hari Ahad yang lalu.




Power bro, tak macam 10 bulan tinggalkan Melodi!



Awal lebih layak, tak macam Janna dengan Ajak!

Tidak kurang pula, terdapat segelintir netizen yang merasakan Awal lebih layak mengacara rancangan hiburan tersebut berbanding dengan Janna Nick dan juga Ajak.

Mereka juga merasakan sebagai pengacara yang profesional,seseorang itu tidak seharusnya terjerit-jerit semasa mengacara kerana sikap seperti itu hanya akan menjengkelkan para penonton.


Sumber : IG Awal Ashaari

Sumber artikel : ohmymedia

Source | https://www.blogmazeer.com/2018/10/netizen-dah-jelik-dengan-perangai.html

Most View Article This Month !