Salah seorang pemimpin Sabah yang masih wakil rakyat- Datuk Hajiji Haji Noor, masih ingat keadaan Sabah sebelum Bn mengambil alih kerajaan dan semasa Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri Sabah.
28 tahun sebagai wakil rakyat, bukan masa yang singkat bagi ADUN Sulaman itu mengikuti perkembangan negeri Sabah.
Semasa Bn mengambil alih kerajaan pada tahun 1994, Sabah berkedudukan tercorot di negara ini dalam serba serbi. Selain perekonomian yang lembab, kewangan negeri amat membimbangkan, kerana negeri hampir muflis. Kerajaan pada masa itu, terpaksa meminjam untuk membayar tanggungan seperti gaji kakitangan awam dan perbelanjaan pengurusan.
Di awal pemerintahan Bn, kerajaan terpaksa menjual aset-aset termasuk ladang lembu di Darwin Australia, semata-mata untuk mendapatkan kewangan. Syarikat berkait kerajaan tiada yang dapat membayar dividen, kecuali beberapa seperti Perbadanan Pinjaman Sabah.
Dengan daya usaha kerajaan pada masa itu termasuk menebang kayu balak, kerajaan negeri hanya mampu mengumpul kewangan sebanyak RM184juta pada tahun 2002.
Jumlah simpanan kewangan negeri lah yang diwarisi Tan Sri Musa semasa dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003.
Musa bukan sahaja mewarisi kewangan negeri yang amat kecil, malah mewarisi kadar kemiskinan yang begitu tinggi sekali, iaitu di atas 30 peratus.
Apabila Halatuju pembangunan & Kemajuan Negeri yang beteraskan 4 faktor, pelancongan, pembangunan pertanian, pembuatan dan pembangunan modal insan, bukan sahaja Sabah dapat dimartabatkan semula, malah termasuk para pemimpinnya mendapat pengiktirafan di peringkat nasional.
Kadar kemiskinan 19.2 peratus pada tahun 2009 diturunkan pada kadar 2.9 peratus tahun 2016. Kewangan negeri daripada RM184 juta kepada RM3.7 bilion pada Disember 2017. KDNK terus meningkat, misalnya tahun 2011 RM59.3bilion, tahun 2016 RM73.8bilion. Perekonomian negeri daripada tercorot ke tempat ke-5 apabila perolehan Sabah meningkat daripada lebih sedikit RM2bilion kepada lebih RM4bilion.
Keluasan hutan kekal juga terus meningkat daripada 838 ribu hektar tahun 2002 kepada 1.9 hektar tahun 2017. Peningkatan ini, kerana Sabah telah bertindak mengurangkan ketergantungan daripada sumber hutan sejak tahun 2007.
Dalam era Tan Sri Musa juga ramai pemimpin dilantik menteri pada kabinet persekutuan, bukan itu sahaja kakitangan awam juga dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian, di mana sebelum itu tidak pernah berlaku.
Di Sabah pula semua agensi Persekutuan diterajui anak tempatan Sabah, kecuali polis dan tentera.
Sabah mengubah rupa, daripada negeri yang daif kepada negeri yang menuju negeri maju. Jalan-jalan bertingkat, kompleks beli belah moden, bangunan kerajaan moden juga turut dibina. Sebab itu, Musa diberi gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah.
Hakikatnya, Musa telah memartabatkan Sabah.
Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/10/menjelang-26-oktober-throwback.html
Most View Article This Month !