Jijik! Itu sahaja yang mampu diungkapkan selepas melihat gambar yang telah tular di media sosial dimana sebuah premis yang menjalankan perniagaan satay tulang di Senawang, Negeri Sembilan didapati kotor dan menjijikkan.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) semalam dilakukan selepas tularnya gambar tersebut.
Premis yang popular dengan menu satay tulang ini diarahkan tutup selama 2 minggu bermula semalam selepas melanggar Akta Makanan 1983 kerana menjalankan operasi peniagaan dalam keadaan yang tidak bersih.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata “Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.”
Oh Sempoi melahirkan rasa sangat kecewa dengan isu ini dan mengharapkan tindakan tegas diambil kepada pengusaha berkenaan supaya dapat dijadikan tauladan kepada pengusaha makanan lain agar sentiasa menjadikan aspek kebersihan sebagai keutamaan.
Source | https://ohsempoi.com/jijik-premis-satay-tulang-senawang-diarahkan-tutup/
Most View Article This Month !