Lim Guan Eng [LGE] mungkir janji terhadap Sabah dan Sarawak?

"Orang yang membuat janji untuk memulangkan 50% hasil cukai ini sudah menjadi menteri kewangan dan kini dia ada kuasa untuk memenuhi janji," -Najib

Najib vs Lim

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan menjelaskan status janji-janji Pakatan Harapan kepada pengundi Sabah dan Sarawak, terutama membayar balik 50% daripada hasil cukai yang dikutip.

“Orang yang membuat janji untuk memulangkan 50% hasil cukai ini sudah menjadi menteri kewangan dan kini dia ada kuasa untuk memenuhi janji,” katanya di Facebook.

Beliau turut tertanya mengenai rancangan Pakatan Harapan menjana 1 juta pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500.

“Yang dilulus selepas pilihan raya umum ke-14 hanya RM1,050 sebulan,” katanya.

Bekas perdana menteri mengingatkan sokongan pengundi Sabah dan Sarawak memastikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan.

Beliau juga menggesa kerajaan jangan mengambil kesempatan ke atas rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak membaca manifesto pilihan raya PH.

“Patutkah sokongan ini dibalas dengan memenuhi janji-janji khusus kepada Sabah dan Sarawak?” katanya.

Najib berkata pentadbirannya banyak memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak dari segi projek pembangunan, hak dan peruntukan kerana mereka tidak diberi layanan yang adil sebelum ini.

“Sabah dan Sarawak dekat dengan hati saya,” katanya.- FMT

Nota: Sehingga saat ini belum ada apa-apa perkembangan positif janji LGE terhadap Sabah dan Sarawak.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/lim-guan-eng-lge-mungkir-janji-terhadap.html

Most View Article This Month !