Gadis cun lagi bujang jadi YDP PIBG dipertikai pelbagai pihak

Yang di-Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di Rantau Panjang, Cik Alwani Sofia Abdullah dipertikai pelantikannya sebagai YDP oleh pelbagai pihak.

Alwani Sofia Abdullah

Pihak yang mempertikaikan pelantikannya menggunakan alasan umurnya yang berusia 32 tahun dan belum berkahwin.

Alwani kesal dengan pihak yang mempertikai pelantikannya sedangkan sudah dua tahun beliau menggalas jawatan itu.

"Setelah dua tahun pegang status YDP PIBG, baru hari ini saya dipertikai sebagai YDP. Sejujurnya saya menolak jawatan ini satu ketika semasa dipilih sebulat suara melalui mesyuarat agung PIBG.

"Ketika itu saya sedar mungkin tidak layak dengan usia yang terlalu muda sebagai YDP. Tetapi situasi ketika itu, status ayah dan keupayaan saya, maka saya terima jawatan ini sebaga satu cabaran demi membantu sekolah tersebut.

"Apabila Barisan Nasional (BN) tidak mengekalkan kedudukan sebagai Kerajaan Pusat, saya buat keputusan untuk letak jawatan tetapi dinasihatkan pihak sekolah supaya bertahan duhulu," katanya ketika dihubungi pihak media.

Sebagai rekod, Alwani Sofia juga merupakan anak kepada bekas ahli dewan negara dan bekas ketua bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Alwani Sofia berkata, dia juga sudah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk melepaskan jawatan tersebut dalam masa terdekat.

"Kerana saya bukan guru, bukan ibu dan bukan siapa-siapa untuk berurusan secara efektif dengan kerajaan pusat semasa. Sebelum ini saya berperanan sebagai pemudahcara antara pihak sekolah, ibu bapa dan kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, pelantikan seseorang YDP PIBG sekolah bergantung pada budi bicara pihak pengurusan sekolah tersebut dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) walaupun pertubuhan itu mempunyai garis panduan.

Bagaimanapun katanya, keutamaan sepatutnya diberi kepada ibu bapa atau penjaga yang turut mempunyai anak yang bersekolah di situ.

"Jika pihak sekolah setuju dan ahli-ahli tidak membantah tak jadi masalah. Kalau sekarang pertikai, kenapa masa lantik dulu setuju?" katanya ketika dihubungi pihak media.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/gadis-cun-lagi-bujang-jadi-ydp-pibg.html

Most View Article This Month !