Sebelum ini Malaysia Baharu dihebohkan dengan berita berkenaan Menteri Pertahanan, Mat Sabu makan di kedai mamak. Semalam, berita pengawal pengiring atau bodyguard bertindak menjadi tukang gunting mendapat liputan. Mengapa perkara-perkara biasa yang dibuat oleh Rakyat menjadi berita utama akhbar pojok?
Mungkin berita ini terlalu penting sehinggakan ianya menjadi Berita Nasional di Sinar Harian? Bukankah lebih baik sekiranya Sinar Harian ingin membuat berita lucu, mereka hanya perlu laporkan Menteri Pertahanan berkata di Parlimen bahawa Malaysia sudah mampu mengeluarkan kapal terbang penumpang.
Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/10/kenapa-berita-menteri-pertahanan.html
Most View Article This Month !