Menyedari nadi rakyat yang dahagakan perpaduan dan kekuatan politik di kalangan parti-parti politik di Sabah, empat parti di negeri tersebut telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) secara rasmi pada 25 Oktober 2018, jelas pengerusi interimnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Kepimpinan GBS |
Menurutnya, GBS dianggotai oleh empat parti politik iaitu Parti Bersatu Sabah, UMNO Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Kepimpinan UMNO Sabah |
Walau bagaimanapun ada suara-suara sumbang di luar sana yang memandang sinis kewujudan GBS dalam era baru dunia politik Sabah. Bagaimanapun, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin bin Mulia membidasnya melalui akaun facebooknya PaMin Padila Mulia;
Status FB Pandikar |
"Apa bila UMNO Sabah memposisikan dirinya ditempat yang dominan dan berjalan dihadapan, UMNO dituduh sebagai Parti Politik yang pembuli, mendominasi politik Sabah, tidak mendengar pendapat teman seperjuangan dalam BN dan sebagainya.
"Akan tetapi, apabila UMNO pula mengubah cara politiknya dengan menonjolkan imej baru yang lebih bersifaf 'merendah diri; underdog; boleh berkompromi dengan teman lain dalam seperjuangan, UMNO dituduh sebagai parti yang dipimpin oleh barisan kepimpinan yang tiada loloi, bacul dan sebagainya.
"Pada saya, saya berpegang pada falsafah pepatah Melayu, "ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA."
Sidang media GBS |
Berikutan penubuhan GBS, secara rasminya hayat Barisan Nasional (BN) di Sabah juga terkubur.
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring
Source | http://www.sayakata.com/2018/10/gbs-ganti-bn-di-sabah-ini-kata-pandikar.html
Most View Article This Month !