Buat mereka yang sering menggunakan internet untuk membuat-buat kerja pejabat, Google Docs adalah salah satu cara untuk anda membuat kerja-kerja tersebut tanpa memerlukan perisian yang khusus justeru memudahkan anda untuk bekerja dari mana-mana tempat sahaja.
Sebelum ini, Google Docs yang boleh diakses secara atas talian yang menggunakan alamat URL docs.google.com/document, kini dilhat hadir dengan pintasan URL yang lebih mudah, spesifik dan ringkas. Ini disahkan dengan pengumuman oleh Google sendiri apabila pintasan-pintasan tersebut diakhiri dengan akhiran .NEW.
Sebagai contoh, apabila seseorang itu ingin menggunakan fungsi “word” untuk membuat sesuatu dokumen, individu tersebut boleh melayari doc.new untuk menggunakan fungsi “word” tersebut.
Berlainan pula dengan slide.new bagi memudahkan seseorang untuk membuat fail perbentangan, dan beberapa pintasa baru yang lain seperti sheet.new (untuk fungsi excel), form.new (untuk fungsi borang) ataupun site.new (untuk binaan laman web).
Introducing a .new time-saving trick for users. Type any of these .new domains to instantly create Docs, Sheets, Slides, Sites or Forms ↓ pic.twitter.com/erMTHOsdyH
— Google Docs (@googledocs) October 25, 2018
Dengan kehadiran perkhidmatan Google Docs dengan pintasan yang lebih murah dan pendek ini, sekaligus membantu orang ramai untuk mengakses dan membangunkan dokumen dengan lebih efisyen.
Source | https://ohsempoi.com/doc-new-adalah-salah-satu-pintasan-baru-daripada-google-untuk-memudahkan-kerja-anda/
Most View Article This Month !