Tahniah Darrell Leiking! Anda Termasuk Dalam Menteri Pelawak



Darrell Leiking kini tersenarai sebagai Menteri Kerajaan Pakatan Harapan kategori Pelawak apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa itu mendakwa peningkatan ranking Malaysia ke tangga 15 dalam senarai Bank Dunia "Easy Doing Business 2019" adalah hasil usaha Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beliau sendiri dalam membuat pelbagai pembaharuan polisi.

Namun dalam laporan Bank Dunia tersebut jelas menyatakan senarai ini adalah hasil kajian dari 1 Januari 2018 - 1 Mei 2018 (lihat screen shot di bawah). Ingin kita bertanya kepada Menteri berkenaaan, setakat tempoh berakhir 1 Mei 2018, Kerajaan mana yang memerintah? Sekali lagi pepatah baru, seladang punya peluh, lembu dapat piala, terpakai.

Kedua, kajian ini hanya mengenai kemudahan melakukan perniagaan. Data ini hanya untuk menarik pelabur bukannya cerminan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Persoalannya, apa kena mengena dengan menjadi Harimau Ekonomi Asia?




Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/tahniah-darrell-leiking-anda-termasuk.html

Most View Article This Month !