Pendapatan Peneroka FELDA Sekarang Setaraf Pendapatan Menteri, Alhamdulillah



Motif Menteri Industri Utama, Teresa Kok membuat kenyataan mengejutkan dalam Dewan Rakyat tiga hari lalu bahawa  hasil kelapa sawit boleh mencapai antara 12 hingga 15 tan seekar, terbongkar. Rupanya Menteri berkenaan hendak beritahu bahawa pendapatan Menteri lebih sedikit atau hampir sama dengan apa yang diperolehi peneroka FELDA setiap bulan.

Semalam disiarkan laporan pengisytiharan pendapatan bulanan penjawat tertinggi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada SPRM bermula dari Perdana Menteri hinggalah Ketua Menteri. Teresa mengisytiharkan pendapatannya adalah RM68,142 sebulan.

Berdasarkan pengiraan Teresa bahawa hasil maksima kelapa sawit adalah 15 tan seekar, bermakna pendapatan peneroka FELDA dan pekebun kecil yang mempunyai tanah seluas 10 ekar adalah sebanyak RM62,700 sebulan. Kurang lebih sama dengan gaji beliau.

Jika diambil pula kiraan minima 12 tan seekar, pendapatan peneroka FELDA adalah sebanyak RM50,160 sebulan, atau kurang lebih sama dengan pendapatan seorang lagi Menteri PH yang bijak pandai, Syed Saddiq yang memperoleh RM50,253 sebulan.

Perkiraan ini diambil dari harga semasa buah sawit di kilang FELDA iaitu RM418 se tan mengikut OER sekitar 19 peratus. Oleh itu, para peneroka FELDA bolehlah berbangga kerana sejak Kerajaan PH memerintah, hidup mereka sudah setaraf Menteri. Semoga terus barakah di bawah Kerajaan yang membawa barakah.


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/pendapatan-peneroka-felda-sekarang.html

Most View Article This Month !