Pantun Dipandang Remeh Di Majlis Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?

Semalam, tular di media-media sosial satu pekeliling yang menghentikan penggunaan pantun di setiap majlis rasmi ketenteraan.


Apabila perkara ini menjadi tular dan mendapat kritikan dan troll daripada netizen, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah u-turn dan membuat Siaran Akhbar bagi meredakan isu berkenaan. ATM mengeluarkan kenyataan penggunaan pantun tidak dibenarkan di majlis-majlis yang melibatkan YDP Agong, Raja-Raja dan Pembesar Negeri, acara perbarisan dan acara rasmi.


Persoalannya, sejak bila pula pantun hanya untuk tujuan berseronok dan tidak sesuai untuk majlis bersama YDP Agong? Sejak bila pula pantun tidak sesuai untuk majlis bersifat regimental? Sejak bila pula pantun ini tiada kelas? 61 tahun merdeka, tiada sesiapa pun yang pernah mempertikaikan bahasa Melayu berseni melalui pantun. Hanya selepas ATM bermenterikan AMANAH dan DAP, maka pantun dianggap picisan?


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/pantun-dipandang-remeh-di-majlis.html

Most View Article This Month !