Rasanya netizen tidak perlu diperkenalkan lagi dengan majalah Mastika yang suatu ketika dulu pernah menjadi rebutan setiap orang. Setiap keluarannya pasti ditunggu dengan kisah seram, mistik dan penuh tauladan yang silih berganti.
Majalah tertua di Malaysia itu akhirnya mengumumkan akan memberhentikan pengeluaran Majalah Mastika dan akan ‘menutup kedai’ buat selamanya selepas 77 tahun menjadi teman pembaca rakyat Malaysia.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun twitter @majalahmastika pada 4 November lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Menurut Mastika, penutupan ini bukan disebabkan mereka tewas dengan perubahan teknologi kini kerana mereka sememangnya mempunyai peminat dan pembacanya tersendiri.
Majalah Mastika mula diterbitkan pada tahun 1941 dalam tulisan jawi namun bermula Februari 1967, ia mula diterbitkan dalam tulisan rumi. Gambar di atas adalah keluaran terakhir Majalah Mastika pada Januari 1967 yang menggunakan tulisan jawi. Harga majalah Mastika pada ketika ini dijual dengan harga 60 sen senaskah..
Perpustakaan Negara turut melahirkan rasa sedih di atas penutupan majalah ini. Pembaca yang merindui Mastika boleh membacanya di aras 6, menara Perputakaan Negara Malaysia dan juga melalui pangkalan data. Panduan menggunakan pangkalan data ini boleh dirujuk di www.u-library.gov.my.
Source | https://ohsempoi.com/majalah-mastika-akhirnya-terkubur-selepas-77-tahun/
Most View Article This Month !