*Zaini kata Utusan selama ini buat silap kerana tidak bersikap berkecuali*
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan akan meninggalkan Utusan setelah hampir 30 tahun bersama 'akhbar UMNO' ini. Beliau pergi meninggalkan 'bekas' di hati, bagaimana tidak setujunya beliau "Utusan tidak berkecuali".
Zaini kata Utusan buat kesalahan besar selama ini kerana akhbar ini sepatutnya berkecuali walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik.
Selaku seorang pengamal media, tidak seperti bos baru beliau iaitu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang ahli politik, Zaini sepatutnya lebih cerdik dari Aziz untuk menulis dengan menyemak fakta dan bersikap adil, yang Aziz sendiri tidak lakukan.
*Zaini sendiri perlu berkecuali*
Zaini sepatutnya mengambil pendirian berkecuali walaupun beliau mungkin cenderung memihak kepada mana-mana parti politik.
Zaini sendiri kelihatan 'takut' kerana sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, beliau tidak berani mengkritik dan membidas kerajaan di sebalik segala macam kepincangan, kelemahan, penipuan dan melanggar 'rule of law' malah asyik memuji pemimpin Pakatan Harapan.
Sepatutnya beliau menghabiskan masa dari 9 Mei sehingga kini, kurang 2 hari genap 6 bulan Pakatan Harapan berkuasa untuk 'menegur' mana-mana kepincangan, kelemahan dan penipuan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
*Kenapa Utusan, Roketkini, Keadilan dan Harakah pro parti masing-masing?*
Sebagai sebuah akhbar yang dimiliki oleh UMNO maka Utusan diwajibkan untuk bersikap prow um no. Ini bukan satu kesalahan dan tidak perlu terlalu cerdikpun untuk memahami perkara ini.
Akhbar yang boleh dilihat sebagai berkecuali mungkin hanya akhbar yang dimiliki oleh syarikat ataupun milik individu tertentu seperti akhbar Sinar, yang dimiliki oleh Datuk Hussamuddin Yaacub.
Namun jika beliau berkecenderungan memihak kepada mana-mana parti politik, tentunya 'direction' akhbar Sinar akan condong ke arah pro-parti yang disukai oleh pemiliknya dan mereka masih tidak mampu 'berkecuali'.
Seperti berita yang tidak dimiliki oleh sebarang parti walaupun dikaitkan dengan DAP iaitu Malaysiakini, namun jelas mereka sendiri pro-pembangkang sebelum PRU-14. Selepas PRU-14 mereka menyesuaikan diri dengan melaporkan sebarang berita dari kedua-dua belah pihak namun masih mengekalkan kecenderungan mereka sebagai pro-Pakatan Harapan.
*Ini hanyalah 'common sense' dan amat pelik Zaini gagal memahaminya*
Zaini sendiri adalah seorang pengamal media selama hampir 30 tahun, malah 'Gen-Y' atau 'Gen-WeChat' hari inipun boleh faham dengan mudah mengenai perkara ini.
Apatah lagi sekiranya Utusan yang dimiliki oleh UMNO, jika pengurusan tertingginya tidak pro-UMNO, maka sebaiknya UMNO gantikan Ketua Pengarangnya atau UMNO sendiri keluar dari jadi pemegang saham terbesar Utusan.
*Utusan 'tidak berkecuali' sama seperti Roketkini, Keadilan, Harakah dan Malaysiakini*
Apa manfaatnya jika memiliki sebuah akhbar namun pengurusan akhbar itu sendiri mentohmah kembali pemegang saham utamanya? Cuba Zaini bertanyakan akhbar milik DAP (Roketkini), PAS (Harakah), dan Keadilan (Suara Keadilan), adakah mereka berkecuali?
Pernah Zaini lihat Harakah mentohmah atau hentam Tuan Guru Haji Hadi dan pimpinan tertinggi PAS?
Pernah Zaini lihat Roketkini mentohmah atau hentam Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang?
Pernah Zaini lihat Keadilan hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertingginya?
*Utusan sama seperti akhbar lain, tidak mengkritik Presiden dan pimpinan tertinggi UMNO*
Maka Zaini tidak akan lihat Utusan mentohmah atau hentam Tun Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan kini Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan tertinggi UMNO lainnya kerana ini adalah sikap biasa sesuatu akhbar milik sesebuah parti yang menjaga Presiden parti.
Tidak perlu malu untuk bekerja dalam akhbar seperti ini yang kononnya tidak berkecuali namun haruslah Zaini mempunyai harga diri jika tidak bersetuju sejak sekian lama, berhenti dan mencari kerja dalam "syarikat akhbar yang berkecuali". Jika tiada di negara ini, Zaini boleh berhijrah ke negara mencari akhbar impiannya.
Tidak perlu beliau menunggu sehingga 30 tahun dalam akhbar yang tidak berkecuali ini.
*Presiden arah ataupun restu jika akhbar parti mengkritik pemimpin ataupun bekas pemimpin*
Jika Zaini ada melihat sebarang akhbar yang dimiliki parti seperti Utusan ini mentohmah atau hentam pimpinan tertinggi mereka, maka ini bermakna Presiden parti itu sendiri yang arahkan atau merestui tindakan akhbar tersebut bertindak demikian. Namun perkara ini jarang-jarang berlaku.
Sama seperti sebelum ini Utusan melalui Pengerusi Eksekutifnya, menggunakan nama samaran 'Awang Selamat' mentohmah bekas Presiden parti iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tanpa memperincikan sebarang bukti yang kukuh, sekadar 'bukti video' dari wartawan nakal.
*Parti akan dilihat lemah dan tidak mampu menjaga pemimpin*
Tindakan Presiden arah atau merestui perkara ini sebenarnya hanya akan menyusahkan dan memalukan UMNO sendiri, kerana itulah tiada parti lain seperti DAP, PKR ataupun PAS yang pernah mengambil tindakan seperti ini kerana mereka tahu parti mereka akan dilihat sebagai lemah apabila bertindak demikian.
Zahid dan UMNO perlu belajar daripada parti DAP, PAS dan PKR bagaimana mengawal media mereka sendiri.
*Akhbar pro-parti tetap mempertahan pemimpinnya*
Maka kerana inilah setiap akhbar pro-parti tidak akan mampu menjadi berkecuali sampai bila-bila. Jika ada salah laku pemimpin mereka yang didakwa namun masih belum disabitkan, mereka akan mendokongnya bahkan jika dipenjarakan sekalipun, mereka akan melaungkannya sebagai salah guna kuasa.
Inilah ciri-ciri akhbar pro-parti yang sepatutnya, iaitu tetap mempertahankan pemimpin mereka dalam apa jua keadaan.
*Impian Zaini mengenai 'Akhbartopia'*
Hanyalah satu impian jika Zaini mengimpikan satu akhbar yang "seratus-peratus berkecuali", mungkin hanya akan berlaku jika Zaini membuat akhbarnya sendiri dan bersikap berkecuali mengikut acuannya.
Belum tentu mendapat sambutan kerana hakikatnya pembaca sendiri tidak berkecuali, namun Zaini boleh jadikan cadangan ini sebagai cabaran buat beliau mewujudkan akhbar yang seratus-peratus berkecuali.
Insaflah Zaini, jangan cakap sahaja berdegar-degar, tetapi diri sendiri memihak.
Baca berita sepenuhnya di;
Source | https://taipingmali.blogspot.com/2018/11/insaflah-zaini-dari-sentiasa.html
Most View Article This Month !