
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan berkompromi berhubung soal meratifikasikan ICERD yang dilihat seolah-olah Malayan Union 2.0.

Menurut beliau penentangan berkenaan bukan soal Ketuanan Melayu tetapi ia lebih berdasarkan kepada prinsip Jus Soli yang telah dipersetujui oleh pemimpin pelbagai kaum dahulu semasa negara berjuang untuk kemerdekaan.
“Banyak perkara di bawah Jus Soli yang sudah dipersetujui datuk nenek generasi pelbagai kaum yang ada pada hari ini, ini soal prinsip yang sudah dipersetujui bersama. Jus Soli ada latar belakang sejarahnya,” kata beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan bersama kepimpinan dan ahli UMNO Johor di Johor Bahru.
Beliau seterusnya menambah UMNO sama sekali tidak mengenpikan agama serta bangsa dan budaya lain di negara ini.
“Kita berjanji pada diri kita, berjanji pada agama kita, kepada bangsa kita, negara kita bahawa kita tidak mengenepikan agama serta bangsa dan budaya lain tetapi kalau kita dikehendaki kononnya untuk meratifikasikan ICERD yang menyamakan agama Islam dengan agama lain dan sebagainya lagi kita bangun, UMNO terus menolak ICERD ini.
“Itulah sebabnya pada 17 hb ini saya sanggup bersama Presiden Pas di dalam satu pentas…kita harus mempertahankan hak kita yang termaktub di dalam Perlembagaan,” ujarnya.
Source | http://pahang-ku.blogspot.com/2018/11/icerd-umno-tidak-akan-berkompromi.html
Most View Article This Month !
- ISU YAYASAN SABAH YANG PERLU RAKYAT SABAH KETAHUI
- HAVE SOME SELF RESPECT: AZIZAH CHASTISES ‘SPEEDY GONZALES’ AZMIN – ‘THE CONTEST IS NOT OVER. WE STILL DON’T KNOW THE FINAL OUTCOME, VOTES ARE STILL BEING COUNTED & TABULATED’
- 'UIAM pilihan terbaik buat 10 anak'
- Muhyiddin: No constitutional breach with Icerd ratification
- Sebulan bapanya mencari, rupanya gadis cantik ini berada dalam...
- Disebabkan Menteri Kewangan Sudah Lama Tidak Tidur, Hari Ini Beliau Tidur Dalam Dewan Rakyat
- IN PKR, A CARTEL IS STARTING TO SHIVER: COPS ARREST IT CHIEF AS HE WAS ABOUT TO FLY BACK TO KL – BUT HAVE THEY GOT THE RIGHT CHEAT?