Ahli Parlimen (MP) Ketereh, TS Annuar Musa mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidur ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini. Di laman sosial Twitter beliau, TS Annuar memuat naik gambar Guan Eng yang kelihatan menutup matanya ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berbahas. Beliau menulis,
Menteri Kewangan Kabinet Bayangan BN sedang membahaskan Belanjawan 2019 mengemukakan Inisiatif Ekonomi Rakyat. Menteri Kewangan kerajaan tertidur… atau terus tidur?
MP Ketereh seharusnya lebih bersimpati dengan Menteri Kewangan. Ini kerana Menteri Kewangan pernah mengadu sebelum ini bahawa beliau tidak tidur malam sejak jadi Menteri Kewangan. Sebab itu beliau tidur sebelah siang. Tidak mengapa kita membayar cukai demi membayar gajinya berjumlah RM86 ribu sebulan. Apa ada hal.
Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/disebabkan-menteri-kewangan-sudah-lama.html
Most View Article This Month !
- Why Najib is the most interesting politician on Instagram
- Citing 'good faith discussions', Najib insists IPIC owes 1MDB money
- 'Saya percaya dia sebab dia nampak baik'
- Gebeng folks: No political rhetorics in Lynas review, please
- ‘Sorry is good, but be warned of trust deficit’
- My Sweet Madu (ntv7)
- Fahmi Reza escapes jail term, fine reduced over Najib caricature