Apabila Menteri Kasut Hitam Menyanggah Isu Parlimen Di Media Sosial


Seorang Menteri mempunyai banyak peluang untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang semasa perbahasan di Parlimen di dalam Parlimen juga. 

Seorang Menteri tidak sepatutnya menggunakan media sosial untuk menyanggah atau mempertikaikan perbahasan di Parlimen. Rakyat melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk berbahas dan menyampaikan permintaan Rakyat di Parlimen.

Menteri Pendidikan yang penuh kontroversi, Dr Maszlee Malik memilih untuk menyanggah isu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau di Parlimen di media sosial Facebook milik beliau. 

Bukan setakat itu, beliau juga seakan mengugut kononnya tahu salah laku Kerajaan terdahulu. Kalau betul ada salah laku, kenapa hanya di media sosial? Laporkanlah kepada pihak polis dan SPRM.


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/seorang-menteri-mempunyai-banyak.html

Most View Article This Month !