Punca sebenar tiga sekeluarga mati lemas akhirnya terungkai

TIGA mayat sekeluarga iaitu bapa, ibu dan anak perempuan yang ditemui mati lemas di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di Arau, Perlis, semalam, dipercayai membunuh diri kerana tekanan hutang.


Mayat mangsa

Punca kejadian itu didakwa hasil keterangan awal anak lelaki mangsa yang berusia 37 tahun kepada polis selepas ditahan di sebuah restoran kira-kira pukul 10 malam semalam di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Anak lelaki mangsa

Menurut Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd., anak lelaki mangsa berusia 37 tahun yang yang sepatutnya turut membunuh diri telah berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan telah lemas dan dihanyutkan arus. 


"Mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu untuk membunuh diri dengan meminum racun sebelum bertindak terjun ke sungai.

"Bagaimanapun lelaki itu berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan telah lemas dan dihanyutkan arus.

Mayat mangsa

"Kerana terlalu takut, dia mengambil keputusan melarikan diri ke Sungai Petani dengan menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lelaki itu kini berada dalam tahanan pihak polis bagi membantu siasatan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/punca-sebenar-tiga-sekeluarga-mati.html

Most View Article This Month !