PEMIMPIN UMNO DIKOYAK RABAK

Tun Dr Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan yang dikendali DAP, menggunakan sepenuhnya SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara untuk mengoyak rabak pemimpin Umno.

Dalam undang-undang selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, selagi itu seseorang yang didakwa belum bersalah.

Di Malaysia bukan sedikit, para individu yang didakwa di Mahkamah dan yang terkini, pembebasan sepenuhnya terhadap Lim Guan Eng walaupun perbicaraan berjalan separuh jalan.

Kes Tun Ling Liong Sik, juga melibatkan SPRM, demikian juga kes Tan Sri Kasitah Gadam, kes Saidin Thambi semuanya melibatkan SPRM, namun akhirnya mereka bebas.

Pendakwaan oleh SPRM hanya menggamit persepsi dan seterusnya cuba menutup pergerakan para individu yang kena dakwa menerusi permainan masa.

Terserah kepada ahli/penyokong Umno percaya kah bahawa pemimpin mereka bersalah, kerana kalau dilihat daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, apapun hukuman atau dakwaan terhad MP Port Dickson itu tidak diterima oleh ahli dan penyokong PKR.

Para ahli Umno perlu yakin, tindakan mengoyak rabak para pemimpin parti adalah tindakan balas dendam yang luar biasa, selain cuba memalitkan imej buruk kepada para pemimpin itu.

Pada masa yang sangat genting ini, sementara para pemimpin bergelut dengan mahkamah untuk membela diri, para ahli dan pemimpin lain perlu menyemarakan perjuangan, merapatkan saf, kerana yang dihadapi adalah sebuah kerajaan yang mempunyai segala kelengkapan. 

Yakin lah jika semangat kental dan jatidiri masih bersama-sama dengan semua ahli/penyokong, apapun cubaan, dugaan, tekanan, atau malapetaka sekalipun, jangan mengendurkan perjuangan.

Yakin lah hanya di tangan rakyat sahaja sahaja pemerintahan zalim boleh tersungkur. Jika para ahli/penyokong tetap teguh pada pendirian, sekalipun para pemimpin dikoyak rabak, maka perjuangan diteruskan sehingga titik darah terakhir.


Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/10/pemimpin-umno-dikoyak-rabak.html

Most View Article This Month !