Ramai tak yang dah cuba resepi viral tauhu bergedil ini? kali ini seorang ibu muda bernama Siti Misyati telah berkongsi cara menyediakan tauhu viral yang simple tapi rasanya yang teramat sedap melalui group perkongsian masakan popular, Masak Apa Hari Ni (MAHN) .
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan.
Bahan utk inti
1. Bawang holand (potong dadu)
2. Daging kisar
3. Daun sup (cincang)
4. Lada sulah & lada hitam
5. Garam & perasa
Tumiskan semua bahan diatas hingga daging masak..sejukkan seketika
Rebus kentang hingga empuk, tambah sedikit garam dan lenyek
Satukan daging yg telah ditumis bersama kentang yg telah dilenyek
Inti yg telah disatukan
Bulat2kan supaya senang nk sumbat dalam tauhu
Tauhu yg telah disumbat dgn inti ➡️ golek2 tauhu kedalam bancuhan telur & sedikit garam ➡️ goreng hingga berwarna perang
Sambal kicap
1. Cili+bawang merah+bawang putih ➡️ goreng dgn minyak sedikit hingga layu
2. Kisar bahan diatas bersama kicap+gula+sedikit garam+minyak gorengan tadi
3. Siapppp..
Source | https://www.blogmazeer.com/2018/10/patutlah-dapat-hampir-10k-share-ibu.html
Most View Article This Month !