Neelofa orang ketiga tidur di villa bawah laut pertama di dunia berharga RM200K semalam

PENGACARA dan pelakon Neelofa menjadi individu ketiga di dunia yang menginap di vila mega mewah The Muraka.

Neelofa bercuti di Maldives

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Neelofa nampaknya sedang bercuti di Maldives. Neelofa mencuri tumpuan apabila villa yang didiaminya mencecah harga sehingga 50,000 USD iaitu lebih kurang RM200,000 semalam!

Instagram Neelofa

Ia merupakan vila mewah bawah laut pertama di dunia yang siap dibina pada 2016 dan akan mula beroperasi pada November ini.

Kedalaman bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.

Bilik mewah bawah laut

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor (29), berkongsi beberapa keping gambarnya di Maldives sehingga menerima perhatian luar biasa daripada peminat yang teruja dengan harga bilik di vila itu. 

Neelofa

"Saya selalu bersyukur kerana berpeluang meneroka percutian yang menarik. Bidang kerja memberi peluang kepada saya pergi ke tempat idaman yang selama ini hanya ada dalam imaginasi. 

"Seperti pengalaman sekali seumur hidup di The Muraka! Bilik-bilik di sini disediakan dengan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari, selain disediakan bot untuk menjelajah ke sekeliling pulau. 

"Meskipun bayarannya sangat mahal iaitu AS$50 ribu (RM207,954) satu malam, tetapi saya berasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini," ujarnya. 

Sebagai rekod, The Muraka yang terletak di Kepulauan Rangali dibina dengan kos AS$15 juta (RM62 juta).

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/neelofa-orang-ketiga-tidur-di-villa.html

Most View Article This Month !