Lihat Bagaimana Lelaki Ini Gandakan RM1 Menjadi RM100 Dalam Masa Tidak Sampai 1 Hari

Mindset kebanyakan orang untuk memulakan perniagaan adalah modal yang besar. Kalau nak untung banyak, produk kena best, kena ada kedai, kena ada branding gempak-gempak. Betul tak? Tapi, tak semuanya memerlukan modal yang sebegitu besar.

Ini dibuktikan oleh seorang anak muda yang bernama Aaron Naeem melakukan cabaran untuk berniaga di khalayak ramai apabila mereka hanya dibekalkan dengan wang sebanyak RM1 untuk dijadikan modal permulaan perniagaan.

Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat, ianya adalah mustahil bagi mencapai keuntungan yang berlipat ganda. Namun, pemuda ini berjaya membuktikannya apabila dipenghujung video rakaman ini, beliau dapat mengumpulkan peratusan keuntungan sehingga 100% daripada modal asal.

Nota: Cabaran ini dinamakan sebagai #WowkawkawChallenge dijalankan di sekitar Universiti Islam Antarabangsa, memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita supaya tidak cepat berputus asa. Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan demi mencapai matlamat yang diingini.



Source | https://ohsempoi.com/lihat-bagaimana-lelaki-ini-gandakan-rm1-menjadi-rm100-dalam-masa-tidak-sampai-1-hari/

Most View Article This Month !