Lelaki Ini Menunjukkan Keunikan Bermain Gitar Dengan Gaya Fingerstyle

Pandai bermain peralatan muzik adalah kelebihan yang boleh dipelajari. Namun, jika dilahirkan dengan kebolehan yang unik, sememangnya ia lebih memudahkan. Bermain gitar contohnya, bagi seseorang yang tidak mempunyai asas, ianya boleh dipelajari melalui kelas-kelas muzik yang ada berdekatan dengan anda. Tetapi bergantung kepada kebolehan seseorang juga, jika jari-jemari dapat berhubung dengan baik terhadap arahan yang diterima daripada otak sudah semestinya proses pembelajaran menjadi lebih pantas. Begitu juga sebaliknya.

Bercakap mengenai kebolehan bermain gitar, terdapat beberapa kategori ataupun gaya dalam bermain peralatan muzik tersebut. Yang selalu kita lihat, adalah gaya akustik, blues, jazz dan rock.

Tetapi dalam banyak-banyak kategori ataupun gaya bermain gitar yang wujud di muka bumi ini, ada satu gaya bermain peralatan muzik yang unik dan sedap didengar tanpa bantuan instrumen muzikal yang lain, gaya tersebut iaitu teknik fingerstyle.

Ia merupakan gaya yang mengunakan teknik bermain gitar dengan memetik tali gitar secara langsung dengan menggunakan hujung jari ataupun kuku secara berasingan. Tak kurang juga ada pemuzik yang hanya menepuk-nepuk tali dan badan gitar untuk menghasilkan muzik – berbeza dengan gaya bermain gitar yang kebiasaannya memetik kesemua tali gitar secara serentak menggunakan ibu jari atau plectrum (gitar pick) dari atas ke atas ke bawah atau dari bawah ke atas.

Di dalam Malaysia sendiri contohnya, pemuzik yang menggunakan gaya bermain peralatan muzik secara fingerstyle adalah terhad. Namun, seseorang yang menjadi sebutan ramai kebelakangan ini adalah seorang lelaki yang bernama Anwar Amzah, dimana dilaman Instagram dan Youtube beliau banyak berkongsikan video-video memainkan lagu tempatan yang menggunakan teknik tersebut.

Instagram Photo

Berbeza di negara-negara barat, pemuzik yang menggunakan teknik dan gaya ini lebih ramai dan diantara mereka yang popular seperti Andy McKee, Usman Riaz dan Preston Reed.



Source | https://ohsempoi.com/lelaki-ini-menunjukkan-keunikan-bermain-gitar-dengan-gaya-fingerstyle/

Most View Article This Month !