Lawatan Ke Thailand Hanya Membawa Balik Pelaburan Telor Masin


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan lawatan Perdana Menteri ke Thailand. Tiada pelaburan berjuta kalau tidakpun mencapai jumlah billion. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hanya bawa balik telor masin sahaja.

Rombongan lawatan Malaysia Baharu hanya boleh berbangga setakat mengumumkan bahawa Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam setiap hari. Itu semua adalah usaha yang dirintis sejak dari zaman DS Najib Tun Razak lagi. 

Malah DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah beberapa kali turun melawat pembinaan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi memastikan pembinaannya tidak lari dari jadual kerana pintu sempadan akan mula beroperasi pada tahun 2019 ini. 

Rombongan Malaysia Baharu bukan sahaja gagal membawa balik pelaburan baru, malah Perdana Menteri terpaksa mengumumkan projek yang dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini. Jadilah.


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/10/lawatan-ke-thailand-hanya-membawa-balik.html

Most View Article This Month !