LAPORAN EKONOMI DAN KEWANGAN JADI BAHAN MAINAN






Semakin menjadi-jadi perangai haprak menteri-menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, selain timbul warna stokin pelajar sekolah, terbaru Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang mendakwa hutang negara sebenarya lebih besar daripada RM1 Trilion yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Menurut Mat Sabu ia dirahsiakan takut Malaysia jadi muflis. Apabila dia sendiri mendedahkannya dalam satu majlis dialog di Universiti Malaya (UM), tidakkah itu membocorkan rahsia namanya (walaupun tidak dinyatakan jumlahnya yang sebenar)?

“Setahu kita Mat Sabu suka membocorkan rahsia seperti mendedahkan rahsia kemampuan senjata sistem pertahanan Malaysia. Begitu sekali rendahnya mentaliti Mat Sabu. Menuduh ikut sedap mulut. Apakah hutang negara boleh dirahsiakan?” bidas beliau dalam tulisan dalam laman facebooknya hari ini.

Katanya, sebenarnya Mat Sabu ‘terkejut beruk’ ketika itu kerana dibelasah ‘kaw-kaw’ oleh seorang mahasiswa mengenai janji 100 hari yang gagal ditunaikan PH.

“Itu punca dia berbohong untuk meredakan kecaman mahasiswa berkenaan.

“Bila masa pula menteri-menteri PH ini menjadi suci bersih dengan tidak menceritakan rahsia sebenarnya apatah lagi jika boleh memburukkan imej kerajaan sebelumnya?” soal beliau.

Tegasnya, kalau laporan ekonomi negara pun mahu dijadikan bahan mainan, maka apa sahaja laporan ekonomi dan kewangan selepas ini sukar dipercayai.

“Jelaslah menteri-menteri PH ini haprak dan tidak layak diberi gelaran Datuk Seri dan Datuk terlalu awal.”



Source | http://pahang-ku.blogspot.com/2018/10/laporan-ekonomi-dan-kewangan-jadi-bahan.html

Most View Article This Month !