Jangan Buat 5 Perkara Ini Yang Boleh Mengganggu Perkembangan Anak.

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Kalau boleh setiap perkara ingin dipantau, ingin dikawal. Ini adalah untuk kebaikan anak-anak juga. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Tanpa ibu bapa sedari, perkara ini bakal mengundang padah apabila anak-anak dewasa kelak.

Tahukah anda 5 perkara yang boleh mengganggu perkembangan anak-anak? Lebih teruk lagi, apabila perkara ini dibiarkan berterusan, bakal memberi tekanan atau depresi jiwa kepada anak-anak.

1# Menghalang Kebebasan Anak-anak.

Anak-anak pada hari ini tidak sama dengan situasi anak-anak pada zaman 20 tahun sebelum ini. Ibu bapa hari ini tidak boleh samakan situasi semasa mereka masih kecil. Perkembangan dari segi pergaulan dan teknologi pada hari langsung tidak sama berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ibu bapa digalakkan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan mereka sendiri. Namun ibu bapa tetap perlu memantau tindakan dan gerak-geri anak-anak.

2# Tak Hormat Hak Anak-anak

Anak-anak juga insan biasa yang mempunyai hak. Hak untuk bercakap, hak untuk menegakkan pendirian mereka, hak untuk melaksanakan impian mereka. Tiada alasan untuk ibu bapa menutup hak anak-anak selagi ianya tidak melanggar shariah agama mahu pun undang-undang dunia. Anak-anak akan lebih maju dan berdaya saing sekiranya hak mereka diberi sewajarya.

3# Tidak Peka Dengan Percakapan Anak.

Anak-anak seawal usia memang suka bercakap dan bertanya pelbagai soalan. Itu lumrah. Kebanyakan soalan mereka berdasarkan pemerhatian mereka pada apa yang berlaku di sekeliling. Ada ibu bapa yang berasa ‘terganggu’ dengan soalan keanak-anakan mereka. Dah namanya anak kecil, soalan memang tak masuk akal. Apa yang perlu ibu bapa buat, jawab sahaja setiap persoalan mereka. Dengan cara ini, minda mereka lebih berkembang dengan kepelbagaian input dan ilmu baru.

4# Sering Berfikiran Negatif.

“Jangan buat itu, nanti jadi ini”..Ibu bapa yang membataskan pergerakan anak biasanya turut menyekat perkembangan anak itu. Perkara normal bagi ibu bapa yang selalu menghalang anak untuk melakukan sesuatu kerana bimbang perkara buruk akan berlaku. Fikiran negatif sebegini patut dibuang sekiranya ingin melihat anak mereka lebih maju ke depan. Didik mereka untuk belajar daripada pengalaman. Didik mereka untuk tidak mengulangi kesilapan.

5# Sering Membuat Perbandingan.

Lumrah ibu bapa ingin melihat anak-anak berjaya. Kejayaan anak pasti membanggakan ibu bapa. Setiap anak mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Sebaik-baiknya fahami potensi anak dan tidak membandingkan dengan adik-beradik yang lain, apatah lagi membandingkan dengan orang lain. Beri semangat untuk mereka berjaya. Sokong setiap perjuangan dan usaha anak-anak. InsyaAllah, dengan tindakan sebegini, perkembangan mereka akan lebih ke arah positif.

 



Source | https://ohsempoi.com/jangan-buat-5-perkara-ini-yang-boleh-mengganggu-perkembangan-anak/

Most View Article This Month !