[GAMBAR] Perkembangan terkini operasi mencari pesawat Lion Air yang terhempas, 9 mayat ditemui

OPERASI mencari pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam (29 Oktober 2018) akan diteruskan selama 24 jam dan pasukan mencari dan menyelamat telah menemui sembilan mayat, setakat 8.30 malam tadi.

Operasi mencari

Anggota badan mangsa

Selain itu, pasukan mencari dan menyelamat turut menemui beberapa serpihan dipercayai milik pesawat itu dan barang-barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Serpihan pesawat

Serpihan pesawat

Barang milik mangsa

Barang milik mangsa

Barang milik mangsa

Barang milik mangsa

Kira-kira 40 penyelam ialah sebahagian daripada 150 kakitangan di lokasi, kata pihak berkuasa, dengan pesawat itu tenggelam sehingga 30 atau 40 meter dalam.

Operasi mencari

Imej yang dirakam di lapangan terbang utama Pangkal Pinang menunjukkan keluarga penumpang menangis dan berpelukan sesama sendiri.

Ahli keluarga

Sebelum terhempas, Juruterbang Lion Air 610, Bhavye Suneja sempat menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Jakarta dan melaporkan masalah kawalan pe­nerbangan pada pukul 6.22 pagi ketika berada pada ketinggian 518 meter. Juruterbang itu kemudian meminta kebenaran untuk meningkatkan paras penerbangan kepada 1,524 meter dan diberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Pada pukul 6.32 pagi, Pusat Kawalan Trafik Udara Jakarta terputus hubungan dengan pesawat JT 610 dan kemudian disahkan terhempas di perairan Karawang.

Foto dipercayai sebelum terhempas

Foto dipercayai sebelum terhempas

Semua 189 penumpang dan kru pesawat Lion Air yang terhempas awal pagi semalam berkemungkinan terbunuh dalam nahas itu.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Share artikel ini kepasa rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/gambar-perkembangan-terkini-operasi.html

Most View Article This Month !