DAKWA ZAHID: TEKANAN KEPADA UMNO

Menurut surat perintah hadir diri SPRM terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi yang diserahkan semalam, hari ini Khmais 18 Oktober, Presiden Umno itu perlu hadir pada pukul 3 petang. 

Kerana beliau perlu berada di pejabat SPRM Putrajaya, maka beliau akan terlepas mengikuti kajian RM-11 (2016-2020) yang dibentangkan pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat.

Difahamkan kehadiran Zahid pada kali ini, akan terus ditahan berkaitan Yayasan keluarga beliau Akal Budi dan seterusnya dihadapkan ke Mahkamah pada Jumaat.

Zahid disiasat kerana pihak pegawai kewangan beliau tersalah beri cek bayaran kad kredit beliau dan isteri yang membabitkan RM800,000, walaupun wang itu telah dikembalikan sepenuhnya. 

Sekiranya benar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM, maka ini adalah langkah kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menekan dan melemahkan UMNO, selepas mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak juga didakwa dengan pelbagai tuduhan sebelum ini.

Tindakan ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk melemahkan UMNO, juga terus memburukkan UMNO di mata rakyat dengan pelbagai tuduhan di bawah Akta AMLA, yang kini telah dijadikan senjata utama kerajaan untuk menahan dan menekan pemimpin-pemimpin UMNO dan seterusnya ingin memadamkan nama UMNO dalam kancah politik Malaysia.

Tindakan kerajaan yang berterusan menahan dan mendakwa pemimpin kanan UMNO ini menimbulkan persoalan mengapa hanya UMNO, mengapa ia tidak dibuat secara adil terhadap pemimpin parti-parti lain?.

Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak adil dan telus apabila pemimpin UMNO terus didakwa tetapi kes pemimpin politik yang sudah dibicarakan di mahkamah, sepertimana kes rasuah pemimpin Dap seperti Lim Guan Eng boleh dibubarkan.

Apa yang jelas, di sebalik alasan untuk menegakkan prinsip ‘Rule Of Law’, ternyata rakyat boleh terhidu matlamat untuk membalas dendam terhadap kepimpinan tertinggi UMNO yang mana mereka berselindung di sebalik alasan demi alasan.

Tradisi Umno, apabila seseorang pemimpin dihadapkan ke Mahkamah, maka perlu melepaskan jawatan. Apa kah Zahid terkeculai daripada tradisi? 

Apabila Zahid terpekasa melepaskan jawatan Presiden, maka tekanan ini menggambarkan bukan sahaja melemahkan parti, tetapi ke arah pemusnahan parti itu.


Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/10/dakwa-zahid-tekanan-kepada-umno.html

Most View Article This Month !