APA KAH HALA TUJU GBS SETERUSNYA?

Seperti mana kenyataan Pengerusi Sementara Gabungan Bersatu Sabah (GBS) Tan Sri Pairin Kitingan, penubuhan GBS ekoran jatuhnya kerajaan Parti Barisan Nasional (Bn) pada PRU-14. Akibat keputusan PRU itu, semua parti tempatan Sabah, kecuali PBRS dan Umno  keluar Bn.

Parti UPKO awal-awal telah keluar bergabung dengan Parti Warisan (PWS), DAP dan PKR, manakala PBS dan PBRS meskipun keluar Bn, akan tetapi para wakil rakyat parti itu masih "bersama" Bn, tanpa ikatan mutual.

Ekoran 2 Adun Upko dan 4 Adun Umno berpaling tadah pada 11 Mei, 2018, maka timbullah cadangan penubuhan GBS, 

GBS untuk sementara adalah "parti" di mana semua ADUN dan MP parti bergabung bernaung, termasuk juga ADUN bebas.

Dalam jangka pendek tujuan penubuhan GBS adalah bersedia menjadi Kerajaan Sabah, sambil menunggu keputusan saman Tan sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal yang menyebabkan kemelut Ketua Menteri Sabah. Keputusan kemelut itu adalah pada 7 November, 2018 (7-11).

Penulis tidak pasti, apa kah hala tuju GBS seterusnya? apa kah masih "intake" jika keputusan saman TSMA tidak menyebelahi beliau?

Memang, menerusi kenyataan Tan Sri Pairin pada 24 Oktober semasa pelancaran GBS, bahawa gabungan itu bersedia bertembung mana-mana parti menerusi pilihan raya, khususnya PRU-15. Melalui kenyataan ini, memangpun, mengantispiasi, apa sahaja keputusan mahkamah berkaitan saman TSMA, maka gabungan itu akan diteruskan.

Jika gabungan itu diteruskan(sebagai parti pembangkang), apa kah struktur organisasi akan tetap sama? atau berubah? Jika sama, penulis melihat gabungan itu tidak akan pergi jauh, kerana di mata rakyat, jika gabungan itu mempertahankan struktur yang sama, maka dilihat sebagai gabungan syiok sendiri.... bersambung


Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/10/apa-kah-hala-tuju-gbs-seterusnya.html

Most View Article This Month !