Anak kucing ini masih hidup walaupun isi perutnya telah terburai keluar.

Benarkah kucing mempunyai 9 nyawa? Ada banyak mitos dan kisah yang pernah diceritakan bagaimana kucing yang mengalami nasib yang sungguh tragis tapi masih hidup dan bernyawa. Kisah ini sama seperti yang berlaku kepada seekor anak kucing yang telah dibuang oleh tuannya di tepi jalan. Nasib anak kucing itu tidak baik apabila diserang kucing liar jalanan sehingga menyebabkan isi perutnya terburai.

Lihat sahaja keadaan anak kucing ini semasa ditemui. Seperti tiada harapan untuk hidup namun seorang lelaki berhati mulia telah mengambil anak kucing tersebut dan segera mendapatkan rawatan.

Dengan rawatan, perhatian dan kasih sayang yang diberikan, kucing tersebut beransur pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Selepas 3 tahun, anak kucing malang tersebut kini hidup bahagia bersama tuan yang menyelamatkannya.

Siapa sangka, kucing yang pada awalnya dilihat seperti tiada peluang hidup kini sihat dan sangat comel. Terima kasih kepada saudara Muhammad Ismail Mohd Yusof yang menyelamatkan kucing ini dan memeliharanya dengan baik.

Tauladan yang boleh diambil dari kisah viral anak kucing ini adalah jangan sesekali putus harapan biar apa jua keadaan anda lalui.



Source | https://ohsempoi.com/anak-kucing-ini-masih-hidup-walaupun-isi-perutnya-telah-terburai-keluar/

Most View Article This Month !