Zamani Slam Dikecam Kerana Lupa Lirik.. Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

Kesian.. PENYANYI Zamani Slam dikecam kerana lupa lirik dan menyanyi sumbang dalam separuh akhir Gegar Vaganza 5 sewaktu menyanyikan lagu pertama, Dekat Padamu, nyanyian Yusry KRU. Malah Yusry yang turut hadir bersama isterinya nampak sangat tidak selesa kerana kegagalan tersebut.

Namun tahukah anda apa yang terjadi sebenarnya?

Zamani pantas mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Ku Dekat Padamu nyanyian Yusry KRU.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Respek..! Walaupun amat malu dengan kejadian tersebut Zamani jelas tidak mahu menuduh secara melulu pihak pengurusan rancangan tersebut malah beliau menunggu post mortem.

Namun nasib masih menyebelahi Zamani apabila beliau terpilih menjadi antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir . 5 peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. 2 lagi peserta iaitu Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen tersingkir.

“Selepas persembahan pertama saya dah give up kerana malu tapi saya fikir saya ada peluang kedua jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana nasib baik minggu ini kami diberi tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi jumlah markah dari dua persembahan,” katanya lagi.

Persembahan beliau untuk lagu kedua mantap…!

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.



Source | https://ohsempoi.com/zamani-slam-dikecam-kerana-lupa-lirik-rupanya-ini-sebenarnya-yang-terjadi/

Most View Article This Month !