TAN SRI MUSA: MENGAPA SAYA MASUK POLITIK?

Tahun 1990, Tun Mustapha Datu Harun menjemput Musa di pejabat beliau di Bagunan USIA, Sembulan, Kota Kinabalu. 

Pada pertemuan itu, Allahyarham Tun mempelawa beliau untuk menyertai USNO dan seterusnya dilantik sebagai bendahari. “Tujuan saya menjemput ini, adalah untuk mempelawa Cik Musa untuk menyertai Usno dan menjadi bendahari parti”. 

Jawapan Musa ketika itu jelas dan straight to the point “ Thank You Sir, saya tidak minat politik”. “Saya hanya minat menjadi peniaga yang berjaya”. “ Saya bersyukur pada apa yang ada pada saya”. 

Mendengar jawapan itu Tun Mustapha merenung jauh. Di mata beliau terpancar kekecewaan. Untuk “break the ice” Musa bertanya, “ Mengapa Tun masih berjuang dalam parti USNO sebagai parti politik pembangkang sedangkan Tun pernah menjadi Ketua Menteri, TYT dan menteri pusat.” 

Mendengar pertanyaan itu, Tun termenong sebentar. “Cik Musa (sapaan Tun kepada seseorang yang beliau hormati) “itu betul” “saya sudah puas dalam arena politik termasuk menjawat jawatan tertinggi”. “saya melihat hanya melalui parti Usno, Sabah bakal berketua menterikan bumiputera islam” “saya tidak sanggup mati mempunyai ketua menteri yang tidak seagama dengan saya”. “saya bimbang apa akan jadi dengan bumiputera islam selepas kematian saya”. 

Mendengar luahan perasaan Tun Mustapaha itu “ Perasaan saya bertukar 360 degree, daripada tidak minat politik, kepada gila politik... ha ha ha” “Tun Insha Allah demi islam dan orang melayu saya sanggup berkorban” . Selepas mendengar pengakuan Musa itu, Tun Mustapha memanggil “Cik Zul” (Tan Sri Zulkefli Mohd Nor- Ketua Cawangan Tindakan Khas PDRM) yang ketika itu berada di luar bilik. Apabila Cik Zul masuk, Tun memberi tahu, bahawa mulai hari ini Cik Musa masuk USNO!!!. 

“Selepas saya masuk Usno, 10 hari kemudian diadakan pilihan raya negeri tahun 1990” “ Saya dicalonkan di Dun Sugut, satu kawasan yang tidak saya biasa”, walaupun demikian “saya hanya kalah tipis kepada calon PBS- KK Zublee Zain”. 

Pada PRN Sabah tahun 1990- Usno menang 16 kerusi Dun daripada 48. 

Selepas PRN Sabah tahun 1990, menyusul pula pilihan raya parlimen. Di ambang pengundian, PBS keluar daripada Bn untuk bergabung dengan Barisan Alternatif (BA) pimpinan Tengku Razalegh Hamzah. 

PBS dan Usno adalah komponen Bn di peringkat pusat, tetapi saling berlawanan di peringkat negeri. 

Selepas PBS keluar daripada Bn, Cik Abdul Ghafar Baba (Tun- kini Allahyarham) dan Tok Mat (Tan Sri Mohammad Rahmat-kini Allahyarham) datang berjumpa Tun Mustapha, berkaitan “ura-ura” Umno akan mengembangkan sayapnya ke Sabah untuk mengambil alih peranan Usno. 

“Selepas perjumpaan itu, Tun Mustapha memanggil saya, bertanya pendapat kerana sebelum itu beliau berbincang dengan pemimpin lain termasuk Datuk Sakaran Dandai (kini Tun), Datuk Dayang Mahani, Datuk Railey Jeffery dan Datuk Osu Sukam”, yang kurang bersetuju dengan cadangan kemasukan Umno, apatah lagi dengan prasyarat- Usno perlu dibubarkan. 

“Saya memberi pendapat saya” “Tun, Presiden Umno adalah Perdana Menteri, Timbalan Presiden adalah Timbalan Perdana Menteri- Umno adalah kapal besar. Elok lah kita berhijrah daripada perahu kechil kepada kapal besar, kerana kapal besar tidak mudah tenggelam di lautan apabila di tiup badai”. Mendengar luahan hati Musa itu, Tun hanya mengangguk-angguk..... Bersambung


Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/11/tan-sri-musa-mengapa-saya-masuk-politik.html

Most View Article This Month !