Penduduk Selayang Berdemo Bantah Pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam


Hari ini, Jawatankuasa Kerja Rayuan Membatalkan Lokasi Pusat Penyembelihan Ayam (PPA) Selayang bersama 65 NGO berjaya mengumpulkan seramai 800 penduduk kawasan sekitar Selayang, Batu, Rawang, Kepong untuk berhimpun di Dataran DBKL

Mereka telah berjaya menyampaikan memorandum bantahan kepada Pengarah Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid. 

Untuk pengetahuan, walaupun lokasi PPA ini namanya Selayang tetapi ia masih dalam sempadan Batu yang mana ini merupakan kawasan Ahli Parlimen (MP) Batu YB P. Prabakaran. 

Nampak gayanya berlaku ketidak sefahaman di atara MP-MP DAP dan PKR apabila MP Selayang  dan Kepong, William Leong dan Lim Lip Eng turun memberi sokongan kepada penduduk setempat Selayang untuk membantah projek yang dikatakan menyusahkan rakyat ini.

Rata-rata pendemo melahirkan ketidak puasan hati kenapa MP Batu, P Prabakaran masih menyokong projek PPA yang terletak di lokasi kawasan perumahan yang pesat di Kuala Lumpur.







Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/11/penduduk-selayang-berdemo-bantah.html

Most View Article This Month !