Pendaftaran Fasa Kedua Pilot User RFID Dibuka

Jika ada yang perasan, pihak Touch ’n Go sebelum ini (pada bulan September) telah membuka pendaftaran pilot user untuk projek rintis mereka yang terbaru iaitu penggunaan tag sticker RFID yang dipasang pada kenderaan persendirian bagi memudahkan pengguna melakukan pembayaran tol.

Namun begitu, pendaftaran pilot user tersebut hanya dibuka untuk tempoh masa yang singkat sahaja dan ia hanya menyasarkan kepada pengguna yang berada di Lembang Klang .

Susulan kepada itu dan setelah menerima maklum balas daripada fasa pertama ujian projek RFID ini, kini pihak TnG dilihat membuka kembali pendaftaran bagi projek rintis ini untuk fasa kedua pula. Tidak diketahui sampai bilakah pendaftaran pilot user fasa kedua ini dibuka, namun difahamkan bahawa bilangan slot yang ditawarkan adalah terhad.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh mula membuat pendaftaran minat dilaman web mereka dan segala kos pemasangan adalah percuma. Dan perlu dimaklumkan juga bahawa pendaftaran untuk fasa kedua ini masih ditawarkan kepada pengguna yang aktif dikawasan Lembah Klang sahaja. – Daftar TnG RFID

Untuk membaca pengalaman salah seorang pilot user fasa pertama yang telah memasang dan menggunakan tag sticker RFID ini, anda boleh baca disini – Yes.. Kereta Aku Dah Dipasang RFID

Nota: Setuju dengan penggunaan RFID yang lebih meluas, kerana ia lebih mudah diuruskan. Topup boleh dilakukan secara terus melalui mobile apps dan ianya lebih pantas berbanding Smart TAG.



Source | https://ohsempoi.com/pendaftaran-fasa-kedua-pilot-user-rfid-dibuka/

Most View Article This Month !