![]() |
Shahidan Kassim |
Shahidan dengan tenang mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Johari Hassan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahidan yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa melakukan ganguan seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta Toyota Harrier di tepi jalan, pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.
Jika sabit kesalahan, bekas Menteri Besar Perlis itu berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.
Hakim kemudian menetapkan RM25,000 sebagai ikat jamin dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 8 Januari depan di Mahkamah Sesyen yang sama.
Anak dan menantu Shahidan, Ameer Shafiq Shahidan dan Muhamad Lukman Abdul Rashid bertindak sebagai penjamin dan menjelaskan wang ikat jamin itu.
Selepas hakim membuat keputusan, Shahidan meminta izin untuk bercakap.
"Ini merupakan kali pertama saya dihadapkan ke mahkamah malah telah menerima waran tangkap tanpa notis.
"Saya berdoa supaya keadilan dan kebenaran ditegakkan. Allahu Akbar," katanya.
Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail sementara tertuduh diwakili peguam Thalia Rohana Abd. Latiff, Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim.
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring
Source | http://www.sayakata.com/2018/11/mp-arau-datuk-seri-shahidan-kassim.html
Most View Article This Month !
- [KUANTAN] DIDIK MAHASISWA DENGAN KERANGKA SOSIAL DIPERSETUJUI SEMUA
- PKR's reformist claim on thin ice, warns Ambiga
- Umno sec-gen admits having tough time as reps courted
- THEIR ILLICIT WEALTH CLEVERLY HIDDEN, NAJIB & 1MDB COHORTS WILL STILL BE FABULOUSLY RICH: IF WE CAN CLAW BACK 30% OF 1MDB ASSETS, I’LL BE VERY HAPPY – GUAN ENG
- Singapore PM hints at early election next year
- Zahid: Anwar will cause trouble if he doesn't become PM
- Musa on leave from state assembly due to ill health