McDonald’s memperkenalkan Grill Chicken Burger yang baru bermula November 2018

Grill Chicken Burger (GCB) McDonald’s kini tampil dengan identiti baharu. GCB kini membawakan kepingan paha ayam yang lebih empuk, diperap dan di gril sempurna dan ditambah sos ‘chargrilled’ baharu untuk memenuhi citarasa pelanggan.

“Kami menyedari perihal rakyat Malaysia yang gemarkan pelbagai jenis makanan dan pastinya kami ingin memenuhi selera mereka itu. Sehubungan itu, kami meletakkan pelanggan sebagai keutamaan sama ada dengan cara memperkenalkan tawaran menu baharu atau menambah baik menu kegemaran sedia ada. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan GCB GEMPAK memandangkan ia kini dihidangkan dengan rasa yang lebih enak,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Penggemar GCB pastinya rambang mata kerana McDonald’s juga memperkenalkan GCB Deluxe untuk tempoh masa terhad sepanjang bulan ini. GCB Deluxe dihidangkan dengan bawang yang dimasak keperang-perangan, sayur campur pelbagai warna dan sos jalapeno yang pastinya memberi lebih kenikmatan kepada pelanggan

GCB McDonald’s boleh didapati dengan harga RM10.60 untuk hidangan ala carte dan RM14.95 untuk set hidangan regular termasuk kentang goreng dan minuman. GCB Deluxe pula boleh didapati dengan harga RM12.20 untuk ala carte dan RM15.95 untuk set hidangan regular termasuk kentang goreng dan minuman.

Jangan lupa dapatkan segera GCB McDonald’s yang baru dan berikan pendapat anda diruangan komen di bawah.



Source | https://ohsempoi.com/mcdonalds-memperkenalkan-grill-chicken-burger-yang-baru-bermula-november-2018/

Most View Article This Month !