DENDAM SHAFIE TERHADAP MUSA!!!!

Dendam Datuk Shafie Apdal terhadap Tan Sri Musa Aman bermula sejak tahun 1994. Pokok pangkal kepada dendam itu hanya satu, Musa menghalang hasrat Shafie menjual sebahagian besar aset Yayasan Sabah.

Gerakan dendam Shafie termasuk mempergunakan berbagai pihak untuk menabur berbagai fitnah berkaitan pembalakan Sabah.

Bermula tahun 2004, kurang setahun Musa menjadi Ketua Menteri Sabah, berbagai fitnah ditaburkan melalui media sosial, malah dilaporkan oleh portal atas talian, yang menyenaraikan berbagai salah laku pembalakan di Sabah.

Namun, walaupun berbagai tumahan dan dakwaan itu, kawasan hutan Sabah bukannya berkurang akan tetapi bertambah.

Sebagai rekod, pada tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah hanya 838ribu hektar, namun pada tahun 2017 telah mencapai 1.8juta hektar.

Kini, terdedah sudah niat Shafie, bahawa matlamat beliau adalah membalak kawasan hutan kekal Sabah.

Pada Jumaat semasa membentang Bajet Sabah Tahun 2019, telah disebutkan bahawa kerajaan negeri akan menukar hutan kelas I (hutan yang dilindungi sepenuhnya) seperti Maliau Basin dan Lembah Danum menerusi Pelan Gunatanah.

Selain itu, cadangan Kerajaan pimpinan Shafie untuk meneroka hutan kekal kononnya untuk tujuan pembangunan, akan mengancam pelan kerajaan negeri yang mahukan pada tahun 2025, 30 peratus land mass Sabah diselimuti hutan.

Rupanya kerajaan Shafie mahu kembali di era kerajaan Usno, Berjaya, PBS yang mengeksplotasi hutan.

Nampak gaya, menerusi penerokaan hutan, maka akan ramai Orang kaya-kaya (OKK) baharu seperti di era sebelum tahun 2000.


Source | https://musramrakunman.blogspot.com/2018/11/dendam-shafie-terhadap-musa.html

Most View Article This Month !