Beberapa bulan lalu, negara dikejutkan dengan pengumuman status kesihatan Dato’ Lee Chong Wei yang disahkan mengidap lanser hidung peringkat awal. Beliau yang menjalani rawatan di Taiwan selama lebih 2 bulan kini telah kembali ke Malaysia.
Baru-baru ini, sidang media khas dibuat oleh Dato’Lee Chong Wei tentang status penglibatannya dalam arena sukan badminton. Ramai yang beranggapan bahawa jaguh badminton negara itu akan menggantung riket dan berbakti dalam arena kejurulatihan namun tekaan tersebut ternyata meleset.
“Kanser bukan penghalang untuk saya beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, emas tetap menjadi keutamaan saya,” kata Chong Wei sekali gus menamatkan spekulasi mengenai persaraannya di dalam arena badminton.
“Saya akan cuba kembali secepat mungkin ke gelanggang selewat-lewatnya Disember ini, sekarang saya hanya menjalani latihan di rumah.
“Namun saya perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Taiwan bagi memastikan tahap kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik,” katanya dalam sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara.
Pada sidang media yang sama turut mengesahkan beliau kini bebas daripada kanser hidung dan tidak sabar untuk kembali beraksi.
Pengumuman ini ternyata menggembirakan seluruh peminat badminton negara dan mengharapkan Dato’ Lee Chong Wei dapat kembali aktif dan mencapai sasaran pingat emas olimpik pertama untuk negara.
Source | https://ohsempoi.com/dato-lee-chong-wei-kini-bebas-kanser-dan-akan-kembali-aktif-bersukan/
Most View Article This Month !