![]() |
PATI masalah Sabah |
Datuk Japlin Akim (UMNO-Usukan) berkata, keamanan dan keselamatan rakyat di dalam sesebuah negeri sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan sebelum dasar baharu dilaksanakan.
Menurut Japlin, pelaksanaan dasar itu selain isu keselamatan, sektor pelancongan juga dijangka terjejas sekali gus membantutkan pembangunan ekonomi negeri.
"Sabah kini aman, rakyat yang tinggal di negeri ini juga berasa selamat. Jangan sampai kita jalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu akan berasa takut.
"Peluang pendaftaran kepada PATI dan gelandangan menyebabkan mereka berduyun datang dan seolah-olah kehadiran mereka pula diiktiraf kerajaan.
"Lebih menakutkan jika program PATI diteruskan tanpa garis panduan yang ketat sukar untuk kita membendung kehadiran mereka kelak," katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di sini hari ini.
![]() |
GAMBAR hiasan. FOTO: Sarimin |
Selain pendaftaran PATI, Japlin turut mengkritik kebenaran pendaftaran lewat kelahiran dan dokumen pengenalan diri yang dilaksanakan kerajaan negeri.
![]() |
Bantah pemberian dokumen |
Japlin juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan perairan negeri apabila kerajaan membenarkan sistem barter dan penggunaan bot pam di perairan sekitar Sabah.
"Oleh itu saya berharap kerajaan mengkaji semula dasar yang telah dilaksanakan terutama apabila ia memberi kesan kepada keamanan di negeri kita," hujahnya.
Sumber artikel: K! Online
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring
Source | http://www.sayakata.com/2018/11/dasar-kerajaan-baharu-sabah-terhadap.html
Most View Article This Month !
- I was resting my eyes – Guan Eng on Annuar's 'dozing' claim
- Zamani Slam Dikecam Kerana Lupa Lirik.. Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi..
- It’s a budget for city folks, says Khairy
- [INFOGRAFIK - 117] MAJLIS SAMBUTAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL
- MUHYIDDIN NASIHATI DR MASZLEE LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN UIA
- BERSATU TO BECOME ‘ONE BIG HAPPY UMNO FAMILY’ AGAIN SOON: MORE VETERAN UMNO LEADERS TO JOIN ‘AT CERTAIN TIME’, SAYS RAIS – AFTER THAT, WILL THEY BE FOLLOWED HOT ON THE HEELS BY THE 40 MPs?
- Petronas' dividend payments to hinge on ability to service debt