Bajet paling besar tapi golongan pelajar dan mahasiswa dipinggirkan – Najib




Suara pejuang-pejuang mahasiswa sudah tidak kedengaran. Bayang pun sudah entah ke mana. Saya rindu anda semua.

PTPTN kita tak perlu sebutlah, sebab bukan setakat ditipu, lebih sengsara dengan dasar mereka kini.

Ada yang beritahu saya, ini merupakan kenangan terindah sebagai pelajar.

Betullah, kini hanya tinggal kenangan.

Mereka beria meninggi hidung umumkan Bajet 2019 adalah "paling besar".

Ya, "paling besar", tapi apa sebenarnya yang ibu bapa, pelajar dan guru dapat?

1) RM250 subsidi pendidikan seperti Baucar Buku 1Malaysia atau KADS1M, tidak disebut. Rasanya kini tiada lagi. Kita tunggu Menteri buat u-turn.

2) Bantuan Makanan Prasekolah dipotong RM10 juta.

3) Bantuan Makanan Asrama dipotong RM100 juta

4) Biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid dipotong RM28 juta

5) Peruntukan biasiswa perguruan persekutuan dipotong RM6.5 juta

6) Bonus penjawat awam daripada RM1,500 tinggal RM500.

Mungkin murid-murid dan guru termasuk dalam golongan "rakyat Malaysia yang tak patut diberi bantuan dan subsidi sebab malas" seperti kata Kerajaan PH.

Kerajaan BN dulu merangka Bajet berdasarkan keperluan rakyat. Kami ikhlas nak beri dan bantu.

Sekarang habis semua mereka potong.

"Bajet Paling Besar" konon.

Najib Razak


Source | https://taipingmali.blogspot.com/2018/11/bajet-paling-besar-tapi-golongan.html

Most View Article This Month !